SUMBANGAN ISLAM DALAM PERUBATAN.docx



There is document - SUMBANGAN ISLAM DALAM PERUBATAN.docx available here for reading and downloading. Use the download button below or simple online reader.
The file extension - PDF and ranks to the Documents category.


377

views

on

Extension: DOCX

Category:

Documents

Pages: 1

Download: 96



Sharing files


Tags
Related

Comments
Log in to leave a message!

Description
Download SUMBANGAN ISLAM DALAM PERUBATAN.docx
Transcripts
SUMBANGAN ISLAM DALAM PERUBATAN SUMBANGAN ISLAM DALAM PERUBATAN PENDAHULUAN Apabila disebut "Perubatan Islam" ramai orang tertanya – tanya apakah sebenarnya maksud perkataan itu Ada pula yang cukup berpuas hati dengan fahaman mereka yang tersendiri Ramai yang tidak menyedari adanya sumbangan – sumbangan penting oleh tokoh –tokoh pengamal perubatan Islam Orang – orang Barat pula mendakwa bahawa perubatan Islam Arab hanyalah tiruan dari tamadun Yunani purba semata – mata , dan peranan orang islam pada masa itu hanyalah sebagai pengawet atau penyimpan ilmu – ilmu purba ini untuk di serahkan kepada orang –orang barat untuk perkembangan selanjutnya Karangan pendek tentang Perubatan Islam ini cuba mengambarkan sejarah perkembangan perubatan Islam dengan ringkas , ciri –ciri perubatan Islam berbanding dengan perubatan moden dan sumbangan perubatan Islam ASAL USUL PERUBATAN ISLAM Perubatan Islam muncul selepas kerasulan Nabi Muhammad saw dan seterusnya berkembang sepanjang abad – abad ketamadunan Islam itu sendiri Kategori perubatan ini dikenali juga sebagai "Perubatan Arab" Perubatan ini sebenarnya berkembang di bawah naungan ketamadunan Islam dan merupakan bahagian yang penting dalam sejarah tamadun Islam (zaman kegemilangan empayar Islam pada abad ke 8M –11M ) dan perubatan ini juga turut malap ketika matahari tamadun Islam mula terbenam dan luput dari alam ini Sebelum kedatangan islam orang - orang Arab tidak mempunyai bidang perubatannya sendiri Apabila mereka disatukan di bawah pemerintahan Islam mereka telah menjadi kuat Kuasa Islam terus bertapak di tebing Sungai Indus sehingga ke pergunungan Caucacus, keseluruh Afrika Utara dan Sepanyol Selatan Baghdad telah menjadi pusat pengajian yang cemerlang Selepas itu pula akademik – akademik mula di tubuh di Samarkand ,Isfahan , dan Damsyik Kurikulumnya terdiri daripada semua displin sains dan falsafah ajaran keagamaan serta sains perubatan Buku – buku yang digunakan untuk pengajian perubatan pada mulanya berupa terjemahan dari bahasa Yunani Pada tahun 765M , Khalifah Harun Al Rasyid ( 763 –809M ) mula menubuh dan mengembangkan pusat pengajian di Baghdad Doktor –doktor mazhab Nestorian dan Sabaen ( pemuja bintang ,ahli falak , dan matematik di Harran Mesopotamia ) diterima dengan toleransi oleh Islam dan mereka merterjemah buku – buku teks perubatan terutamanya karya Galen Kecenderungan umat Islam terhadap ilmu perubatan telah mencipta suatu sejarah baru dalam perkembangan perubatan berasaskan pengenalan yang tepat tentang gejala – gejala "disisi pesakit" Dengan ini ilmu perubatan mula berkembang semula di bawah naungan Islam mengikut ajaran Hippocrates yang berasaskan bahawa pengalaman dan logik itu jauh lebih penting dari apa yang terdapat sebelumnya melalui cara dogmatik dan spekulasi Perkembangan ilmu perubatan dalam tamadun Islam terbahagi kepada 3 zaman yang penting, iaitu zaman penterjemahan, zaman keemasan atau kegemilangan dan zaman kemerosotan Pada zaman kemerosotan, negara-negara Eropah mula menyerang negara-negara Islam Zaman Penterjemahan              Penterjemahan pada ketika ini sangat penting Ia merupakan asas perkembangan ilmu perubatan dan lain-lain Hasil daripada penterjemahan akan dipelajari dengan mudah Buku-buku dalam bahasa asing akan diterjemahkan ke dalam bahasa Arab Kebanyakkan dilakukan di pusat pengajian tinggi perubatan kedoktoran Ia berkembang dengan pesat sekali kerana mendapt galakan daripada beberapa khalifah pada ketika itu Antaranya khalifah Al Mansur (754-775 M), al Hadi(775-786) dan Harun al Rashid Antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam penterjemahan ialah Jabir, Hunayn, Thabit dan al Kindi Jabir Ibnu Hayyan(721-766M)              Jabir merupakan seorang anak kepada seorang ahli kimia ubat yang lahir pada abad ke 8M Beliau terkenal dengan nama Geber di Eropah, tinggal di kufah Baghdad Beliau juga mempunyai pengaruh yang agak kuat terhadap perkembangan sains kimia dan karyanya menjadi rujukan Eropah dan Asia Kecil hingga abad ke 14 Jabir pernah mengarang lebih daripada 100 buah buku, malangnya hanya terdapat 22 buah sahaja yang ada di Eropah Antara karyanya yang sering dirujuk ialah: a)Book of the seventy(disertasi) b)Book of the composition of alchemy c)Book of sun perfection  d)kitab al-Rahmah e)Kitab tajmik f)Book of eastern Mercury              Buku beliau yang bertajuk Book of the seventy (disertasi), Book of the composition of alchemy dan Book of sun perfection telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan telah menulis secara saintifik tentang tindak balas penurunan (reduction) serta pengkalsinan (calcinations) Dia juga pakar dalam cara penyediaan ubat dan telah memperkenalkan kepada dunia istilah baru seperti alkali dan antimoni yang masih digunakan hingga ke hari ini Hunayn Ibnu Ishaq(810-878M)              Hunayn merupakan penterjemah dan pengamal perubatan yang terkenal Beliau dikenali sebagai Joannitus, lahir di Hirah(Iraq) Beliau telah mempelajari ilmu perubatan di Baghdad Khalifah al-Mutawakil talah melantik Hunayn sebagai doktor di istana dan beliau dilantik sebagai pengarah institut al-hikmah oleh Khalifah al-Ma’mun Antara sumbangan Hunayn ialah mengumpul manuskrip Yunani dan mempelajari bahasa tersebut serta beliau dapat menterjemahkan buku Meteria Medica, Aphorisma, Seven Books dan Synopsis yang masing-maisng ditulis oleh Dioscorides, Hippocrates, Paul AEgina dan Oribasius Beliau sendiri juga telah menulis 10 treatis mengenai mata dan persoalan-persoalan perubatan (questions of medicine) yang sesuai dijadikan kajian oleh penuntut oftalmologi dan perubatan Thabit Ibnu Qurah(838-901M)              Thabit Ibnu Qurah juga terkenal sebagai ahli matematik, astronomi, dan perubatan Beliau telah menterjemah buku dalam bahasa Yunani dan Siriak kepada bahasa Arab Beliau adalah pelopor pusat penterjemahan dan beliau telah manterjemah buku karangan Apolinius,  Archimedes, Euclid, Ptolemy dan Gelen Selain daripada terjemahan, beliau juga telah menyusun secara teratur ilmu perubatan Yunani ke dalam sebuah buku yang mengandungi 31 bab Kandungan buku ini menyentuh tentang kebersihan, penyakit terlindung dan terbuka, penyakit kulit, penyakit eksrtemiti atas dan bawah, penyakit berjangkit seperti cacar, dan measel, fraktur, dislokasi dan diet (pemakanan) Abu Yusof Ibnu Ishaq al-Kindi(809-873M)              Beliau terkenal di Eropah dengan galaran al-Kindi Beliau anak seorang gabenor Kufah dan dilahirkan pada tahun 194 hijrah (809M) Beliau memperolehi pendidikan di Basrah dan selepas itu berhijrah ke Baghdad untuk meneruskan pelajaran dan dilantik sebagai pegawai perubatan serta guru diraja semasa pemerintahan al-Ma’mun dan al-Mu’tasim Hasil kerjanya meliputi pelbagai aspek bidang ilmu, dengan ini, bolehlah dikatakan beliau adalah seorang cedikiawan yang serba boleh Al- Kindi telah menulis lebih daripada 265 jilid buku Antara bidang yang beliau tulis ialah falsafah, logik, ilmu hisab,sferik, perubatan, astrologi, polemik, psikologi, politik, meteorologi dan banyak lagi Tetapi kebanyakannya dipercayai telah hilang dan musnah akibat daripada serangan monggol Karya al-Kindi telah disenaraikan dalam bidang perubatan oleh Atiyeh (1966M) Antara karya beliau yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin ialah The Books of Optics yang telah mempengaruhi Roger Bacon dan saintis-saintis lain di Eropah Al-Kindi telah menggunakan prinsip matematik dalam perkiraan dos ubat Zaman kegemilangan               Pada zaman ini berlakunya perkembangan ilmu pengetahuan yang pesat dan lahirnya teori-teori baru hasil penyelidikan dan pengkajian ilmu dengan cara terpeinci dan saintifikKarya ahli perubatan islam telah dibukukan dan dijadikan rujukan serta buku teks untuk pendidikan kedoktoran di Eropah hingga beberapa abad lamanya Antara tokoh perubatan Islam pada zaman ini ialah Al-Razi, Ibnu Sina, Al Zahrawi, Ali Ibnu Abas, dan Al-Haytham Ibnu Sina               Nama sebenar beliau ialah Abu Ali Hussain Ibnu Abdullah Ibnu sina Orang barat memanggilnya dengan panggilan Avicenna Ibnu Sina merupakan seorang cendikiawan islam yang pakar dalam pelbagai bidang ilmu Antaranya, adalah mengenai falsafah- falsafah dan perubatan Sumbangan yang ketara Ibnu Sina dalam bidang perubatan adalah dari segi pengalaman dan kebolehanya untuk mengubat dan juga dalam menghasilkan karya dalam penulisan Terdapat banyak ilmu perubatan moden yang menggunakan ilmu perubatan Ibnu Sina sebagai rujukan Terutamanya mengenai penggunaan ubat, diagnosis dan pembedahan Buku beliau telah digunakan secara meluas di Universiti-universiti Eropah hingga abad 15M Pada abad ke 12M, buku beliau telah diterjemah oleh Genard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol ke dalam bahasa Latin Bukunya telah dicetak sebanyak 16 kali,15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah dalam bahasa Yahudi (Hebrew) Pada abad ke 16M, buku ini telah dicetak sebanyak 21 kali Penulis di barat telah menganggap Ibnu Suna sebagai bapa kedoktoran kerana Ibnu Sina telah menyatupadukan ilmu perubatan Yunani, Hippocreates dan Gelen serta pengalaman daripada ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi serta pengalaman beliau sendiri Antara sumbangan utama beliau terhadap dunia perubatan ialah: a)    Telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam ilmu perubatan b)    Penemuan beliau dalam bidang perubatan yang dikenali pada hari ini sebagai   psikosomatis(psikosomatic medicine) c)    Memperkenalkan ilmu diagnotis untuk mengenalpasti ketidakseimbangan humur yang berkenaan dan ia masih dipraktikkan oleh para doktor muslim di Pakistan, Afganistan dan Parsi d)    Seorang doktor dari Amerika melaporkan bahawa para hakim di afganistan, China dan India dan parsi sangat berkebolehan dalam menentukan penyakit melalui denyutan jantung e)    Menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan f)   Ibnu Sina adalah doktor yang pertama yang mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (pulmonary tuberculosis) adalah penyakit yang boleh berjangkit (pergi) Beliau juga dapat menceritakan dengan tepat tanda-tanda (symptoms) penyakit kencing manis (diabetis) dan masalah yang timbul daripadanya               Osler menganggap karyanya iaitu al-Qanun fi Al-Tibb sebagai sebuah teks perubatan yang teragung yang pernah ditulis sebagai “injil perubatan”yang dibaca dalam tempoh yang lebih lama berbanding buku-buku perubatan yang lain dan ia dibahagikan kepada 5 buku iaitu: a)    buku yang membicarakan tantang asas-asas umum b)    buku-buku ubatan simple(biasa) c)    buku penyakit organ-organ tertentu d)    buku penyakit yanjg biasanya merebak ke seluruh badan e)    buku ubat-ubatan ‘compound’(sebatian)  Al-Razi               Nama sebenar beliau ialah Abu Bakar Muhammad Ibnu Zakaria Al-Razi Beliau lebih terkenal dengan panggilan al-Razi Selain dari itu, beliau lebih terkenal dengan panggilan Rhazes di kalangan orang Barat Al-Razi dikenali sebagai Galen Arab dan beliau berasal daripada Parsi Beliau juda adalah guru kepada Ibnu Sina Dilahirkan pada tahun 863M di Bandar Rai berdekatan dengan Bandar Teheran Beliau meninggal dunia pada tahun 925M (312Hijrah) di tempat yang sama Beliau mendapat pendidikan awal di Baghdad yang menjadi pusat Bandar empayar Abbasiyyah yang juga menjadi pusat pendidikan Pemerintah Islam pada ketika itu menggalakkan orang ramai dalam pencarian ilmu dengan memberi kemudahan-kemudahan seperti hospital-hospital dan perpustakaan untuk melakukan penyelidikan               Sebelum menceburkan diri dalam perubatan, beliau pernah mempelajari dalam bidang Al-quran, fekah, ilmu tauhid, bahasa Arab dan hadis Meyerhoff dalam buku Legacy of Islam menganggap beliau sebagai pengamal perubatan yang teragung dalam dunia Islam malah seorang pengamal perubatan teragung di dunia               Beliau mempelajari ilmu perubatan dengan Hunayn Ibnu Ishaq, seorang pakar perubatan Parsi dan India Al-Razi bertugas sebagai pegawai perubatan dan menjadi pengarah di sebuah hospital di Rays, Baghdad dan Parsi serta pengasas perubatan psilosomatik dan mempunyai pengetahuan yang agak mendalam dalam bidang anatomi Beliau meneruskan tradisi yang diasaskan oleh Galen bersama pakar-pakar perubatan Islam pada masa itu Buku yang telah dihasilkan adalah sebanyak 224 buku, 140 daripadanya dalam ilmu perubatan (10 daripadanya telah diterjemah kedalam bahasa Latin)               Antara sumbangan Al-Razi di dunia barat ialah treatisnya berkenaan dengan campak cacar tulen(smallpox) dan campak biasa(measel)yang telah diterbitkan beberapa kali di Eropah hingga abad ke 18M Buku karyanya yang terbesar ialah ensikopedia perubatan amalan dan terapeutik yang berjudul kitab Al Hawi fi Al Tibb(Liber continens) yang seberat 10 kilogram ini mengandungi 9 jilid menjadi rujukan fakulti perubatan di Paris, Perancis pada tahun 1395M Buku teragungnya yang kedua ialah berjudul Kitab Al-mansur (Liber Medicinalis ad Al Mansorem) Ia adalah ringkas dan mengandungi 10 bab Beliau menyumbangkan kitab ini kepada gabenor Khurasan, Al- Mansur Ibnu Ishaq yang berkenaan dengan seni dan sains perubatan Beliau memperkenalkan beberapa kaedah dalam ilmu farmasi antaranya: a)  Penggunaan ubat untuk melawaskan buang air besar secara lembut(Milld purgatives) b)  Pembekaman (mengeluarkan darah) bagi kes-kes “apoplexy” (kehilangan kegunaan deria) disebabkan kepecahan urat darah dalam otak c)  Penggunaan air sejuk bagi demam yang melarat d)  Mencipta seton (jenis benang) dan penggunaan dalam kes-kes luka               Menurut Ali bin Abbas al Majusi yang meninggal dunia 60 tahun selepas Al-Razi, kitab Al-Hawi mengandungi : a)    Cara menjaga kesihatan b)    Mengubati penyakit melalui cara makanan c)    Mengenal tanda-tanda penyakit               Sumbangan lain Al-Razi dalam perubatan Islam ialah pengasingan alkohol dan mendorong penggunaannya sebagai anti septik Sebuah lagi kitabnya yang bernama kitab Al asrar (the book of secrets) telah diterjemah ke dalam bahasa Latin adalah sumber utama maklumat bahan kimia hingga abad 14M Abu Qassim Khal;af Ibnu Abbas al—Zahraawi (936-1013M)               Tokoh pembedahan yang handal dan masyur ini dikenali di Eropah dengan nama Abulcasis Beliau dilahirkan di Bandar Di Raja al-Zahrah dalam tahun 936M Pendidikan yang diperolehi oleh beliau ialah dalam Cordoba iaitu sebuah pusat perniagaan dan pendidikan di bahagian Sepanyol Islam Bandaraya ai-Zahrah dan Cordoba adalah berhampiran Beliau dipercayai mengamalkan profesionnya di Bandar ai-Zahrah sebagai seorang pengamal perubatan, pakar bedah dan Pharmacist               Sumbangan beliau dalam bidang perubatan dapat difahami dari buku al-Tasrif Buku yang dihasilkan oleh al-Zahrawi ini diberi banyak gelaran seperti kitab al-Zahrawi Nama penuh buku ini ialah Kitab aal-Tasrif Liman Ajiza an al-talif, yang secara ringkas disebut al-Tasrif sahaja                Al-Tasrif mengandungi 30 bahagian yang dikumpul menjadikan satu buku Buku ini meliputi tajuk-tajuk yang luas dan menyentuh pelbagai bidang perubatan Satu salinan al-Tasrif dianggarkan berjumlah lebih kurang 750 folio ataupun 1500 muka                Dalam abad ke-12 M dan ke-13M, banyak hasil karya Arab telah diterjemah ke bahasa Latin dan bahasa asing yang lain Karya al-Zahrawi mula terkenal di Barat pada pertangahan abad ke-12 M Selepas ini, nama al-Zahrawi mulai harum sebagai ahli bedah dan ketokohannya disamakin dengan Celcus dan Paulus Aeginate dalam bidang perubatan                               Melalui terjemahan Gerard, al-Zahrawi memjadi terkenal dalam awal abad ke-13 M di Itali Dalam separuh abad ke-13 M, ramai pengamal perubatan dari Itali berhijarah ke Perancis dan membawa bersama mereka ilmu al-Zahrawi Penghijrahan ini dianggap sebagai asas permulaan pembedahan rasionaldi Perancis                 Dengan secara kebetulan, pada ketika yang sama satu manual surgery oleh Roger of Parma menggunakan bahagian ke-13 al-Tasrif sebagai rujukan utama Selepas Roger, surgeon seperti Bruno di Calabre, Lafranc, Nicolas ada Florence,Valeseus dan Toronto dan Louis of Pisa sering merujuk kepada buku al-Zahrawi yang menjadi buku teks utama dalam bidang surgery sehinggalah masa guillanme ada Saliceto (Hamarneh et al, 1963)                 Dalam abad ke-14 M Guy ada Chauliac menganggap al-Zahrawi sebagai setanding denagn pengamal terdahulu sepeti Hippocrates dan Galen Dalam bukunya Great Surgery yang ditulis dalam Latin dalam tahun 1363, Guy ada Chauliac telah merujukkan kepada al-Tasrif sebanyak 200kali dan memasukkan beberapa paragraph secara verbatim Kepentingannya adalah jelas sekali sebab buku”Great Surgery” adalah buku teks piawai dalam bidang surgery di Barat sehingga masa Vesalius                 Sebahagian ataupun keseluruhan buku al-Tasrif telah diterjemahkan kepada pelbagai bahasa terutama sekali Latin, Perancis,Sepanyaol dan Hebrew dan diterbitkan di Venice(1497), Strassburgh (1532) dan Oxford (1778) Sayang sekali terjemahan –terjemahan yang dibuat tidak begitu memuaskan dari segi ketepatan dan kesilapan ini semakin besar setelah buku itu ditiru berulang kali Al-Tasrif adalah sumbangan utama al-Zahrawi dan dengan buku ini beliau menjadi seorang tokoh perubatan yang terkemuka Ketokohannya diakui di negara Sepanyol, Afrika Utara dan Kerajaan Islam Timur dan juga di Eropah Barat Buku yang ditulis oleh ai-Zahrawi memenuhi 3 perkara penting : 1    Memberi nasihat dan anjuran yang baik untuk meningkatkan bidang kesihatan dan berguna untuk penuntutnya dan pengamal perubatan yang lain 2    Alat dan teknik yang digunakan oleh al-Zahrawi dibicarakan dengan terperinci dan beliau menggunakan pendekatan moden terhadap proses-proses yang dibuat olehnya 3    Beliau mencadangkan kesenian perubatan yang terbaik untuk ketika itu Beliau dengan jelas memberi keterangan mengenai cara rawatan, persedian ubat, dan penyimpanan ubat di bawah keadan unggul dan cara terselamat pemberian ubat dan dietKesemua anjuran yang dibuat olehnya adalah amat bersesuaian sekali dengan prinsip-prisip perubatan yang wujud pada ketika itu                 Melalui buku ini, rawatan secara kauteri yang dianjurkan oleh al-Zahrawi telah luas diguna di Barat pada akhir zaman Pertengahan Dalam bidang surgeri al-Zahrawi telah memperkenalkan 150 alat pembedahan termasuk alat untuk obstetik dan pergigian                 Sebagai seorang pengamal perubatan, al-Zahrawi mengkaji penyakit dan pengkelasan penyakit, diagnosis dan prognosis, mengakui kepentinagn anatomi, temperamen, meteorologi dan membincangkan mengenai cara-cara mengelakkan penyakit (profilaksis), meningkatkan kesihatan dan mengurangkan kesakitan                 Sebagai seorang ahli bedah beliau telah membincangkan tentang pembedahan dan membicarakan mengenai alat-alat yang beliau guna secara terperinci Sebagai seorang ahli kimia ubat, beliau telah memberi sumbangan yang banyak terhadap bentuk ubat atau dos, teknik dan alat penyediaan ubat Ishak Ibnu Sulaiman al-Yahudi                 Beliau dikenali sebagai Isaac Judaeus dan dilahirkan di Qairawan,MesirBerpengetahuan luas dalam bidangperubatan, falsafah, matematik, logik, geometri dan astronomi Diantara karya beliau yang telah diterjemahkan kedalam bahasa Latin oleh Constantin the African ialah:       i        On diet and Medicine(pemakana dan ubat-ubatan     ii        Kitabul Istiqsat    iii        Kitab al-Hudud waal-Rusum    iv        On Fevers(demam)        v            On Urine(Urin) Zaman Kemerosotan                 Pada zaman ini, Eropah mula menyerang kerajaan Islam iaitu bermula pada 1096M Keadaan ini menyebabkan kemajuan sains terjejas dan keadaan politik yang tidak stabil Walaupun keadaan kacau bilau, namun masih terdapat tokoh-tokoh perubatan islam pada masa ituAntaranya ialah Ibnu Zuhr, Ibnu Rusyd dan Ibnu Quff Ibnu Zuhr                 Dikenali sebagai Avenzoar dan juga dipanggil Abu Meron Beliau merupakan ahli falsafah dan perubatan Beliau adalah kawan karib kepada Ibnu Rusyd(Averroes) Hasil karya yang utama beliau ialah al taysirfi al-Murawahwa al-tadbir (facilitation of treatment) diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada 1280M oleh Paravicius Melalui buku ini, beliau telah menulis mengenai scabies, perikarditis, penyakit telinga tengah, pengeluaran batu karang dan trakeotomi Beliau juga menulis mengenai sarap tiruan melalui mulut atau anus dan kepentingan teknik ini dalam perubatan Ibnu Rusyd                 Beliau terkenal di Eropah dengan nama Averroes Nama penuh beliau ialah Abu al-Walid Muhamad Ibnu Ahmad,dilahirkan di Cordova dan tinggal di Sepanyol Beliau hanya mengetahui dalam bahasa Arab dan kesemua sumber bacaan dan karya beliau dibuat dalam bahasa Arab Beliau adalah tokoh falsafah dan perubatan yang bertugas sebagai guru, doktor istana, penasihat politik dan hakim Ibnu Rusyd telah menulis sebuah kitab al kuliah (general rules on Medicine)yang mengandungi 16 jilid Buku ini dianggap tinggi mutunya dan dicetak beberapa kali di Eropah                 Ibnu Rusyd adalah seorang pengarang yang produktif Beliau mula mengarang dalam usia 36 tahun, dan dalam masa hampir 40 tahun beliau menghasilkan karangan yang terdiri dari 10000 lembar, menyentuh tentang falsafah, sains dan perubatan Oleh sebab falsafahnya, beliau pernah dibuang negeri selama setahun di ai-Yasanah (Bandar berhampiran Cordoba) semasa umur beliau menjelang 70 tahun dan beliau meninggal dunia tidak beberapa lama kemudian Maghribi Ibnu Quff                 Beliau dilahirkan di Bandar al Karak, Jordan dan meninggal di Damsyik Nama sebenar beliau ialah Amin al-Dawlah Abu Al-Faraj Muwaffaw al-Din Yaqub Ibnu Ishak Ibnu al-Quff al-Mariki al-Karaki Beliau adalah seorang pakar bedah dan mengamalkannya di Ajlun dan di Damsyik Buku panduan mengenai surgery hasil karya Ibnu al-Quffialah al-‘Umdah fi Sina ‘at al-Jurahah (The Authority of Surgery), adalah buku yang komprehensif dan mengandungi 20 fasal kesemuanya Beliau menekankan kepentingan anatomi dalam pembedahan, dan membicarakan tentang teknik-teknik pembedahan, alat yang hendak diguna, dan atucara pembedahan dengan jelas dan terpeinci   CIRI-CIRI PERUBATAN ISLAM BERBANDING DENGAN PERUBATAN MODEN             Sistem perubatan Arab telah didirikan di atas asas yang kukuh dan sebenarnya saintifik Ia melibatkan kegunaan teori alam yang untuk membenarkannya mengenali pemerhatian emprikal secara sistematik Sistem ini juga mempunyai aturcara yang berkesan untuk meningkatkan kesihatan serta merawat dan menyembuh penyakit berasaskan farmakologi dan terapeutik Falsafah asas perubatan Islam menekankan bahawa manusia merupakan simbol kewujudan ( al – insan ramz al –wujud ) dan dengan itu manusia sebagai "mikrokosmo" mencerminkan alam semesta sebagai "makrokosma" Manusia mempunyai tubuh fizikal ( jasmani ) yang dalamnya tersemat roh (rohani)ataupun "psike"dan memang erat pertalian antara keduanya Ramai di antara kita memikirkan bahawa perubatan Islam mempunyai ciri – ciri tersendiri dan sangat berbeza dengan sistem perubatan moden ia adalah satu kesilapan yang besar Dapat dikatakan bahawa prinsip –prinsip perubatan moden adalah berasal dari sistem tradisional Yunani yang telah diubahsuai , diperbaiki , ditambah oleh tokoh – tokoh perubatan Islam , yang kini telah menjelma kepada suatu sistam perubatan antarabangsa Sistem perubatan Arab Islam telah menjadi bahan rujukan utama bagi kurikulum perubatan di Universiti Leipzig di Chekoslovakia sehingga ke akhir abad yang ke-15M Contoh kurikulum tersebut adalah seperti berikut : Program yang hampir sama juga didapati di Universiti Tubbingen Switzerland Bagaimanapun , pengajaran perubatan di Eropah pada waktu itu dan juga sekarang telah disekularkan , dengan mengenepikan pengajaran agama dan menjadikan ilmu sains semata – mata sebagai matlamat tunggal Di sinilah timbulnya pokok perbezaan di antara perubatan sekular dengan perubatan Islam yang tidak memisahkan ajaran agama , bahkan agama dijadikan sumber pimpinan dalam amalan perubatan Islam Hadith Nabi ada berbunyi ( maksudnya ) "Mempelajari ilmu pengetahuaan dan mengajarkannya adalah lebih utama daripada ibadat semata – mata " dan , "Tuntutlah ilmu pengetahuan , kerana orang yang menuntut ilmu berada dalam suasana sabillullah Jelasnya , umat Islam digalakkan menuntut ilmu serta mengamalkannya tetapi kejayaan ilmu tadi haruslah sentiasa dikaitkan dengan kekuasaan Allah Di samping itu pula Islam menegaskan bahawa tidak diturunkan penyakit itu jika tidak ada cara menyembuhkannya , tetapi manusia sendiri harus mencari apa sahaja jalan untuk menyembuhkanya Jadi tidaklah tepat jika disamakan perubatan Islam dengan amalan perubatan Arab semata – mata ataupun perubatan Tibb al – Nabi semata – mata Bahkan nabi Muhammad sendiri ada menasihatkan pesakit yang datang kepadanya supaya pergi berjumpa dengan pengamal perubatan Dengan demikian haruslah ditekankan bahawa perubatan islam tidak dibatsakan pada satu – satu rawatan yang tertentu sahaja Malahan cara rawatan yang disyorkan oleh islam ialah apa jua cara rawatan yang sesuai baik dengan mengunakan akar kayu , ubat – ubatan moden , pembedahan mahupun dengan cara psikologi dan metafizik jika rawatan cara biasa tidak berkesan Yang menjadi pokok persoalan ialah pengamalan perubatan islam hendaklah dibuat mengikut cara yang paling baik sekali , asalkan tidak terkeluar dari lunas – lunas panduan hukum al –Quran dan Sunnah Ayat- ayat al - Quran dan Hadith telah memberi beberapa panduan seperti mengistiharkan "kurantin " bagi penyakit – penyakit yang berjangkit , menghindarkan diri dari mengamalkan perubatan yang merosakkan diri sendiri seperti meminum arak , dan membertitahu kepada kita bahawaPENCEGAHAN ITU ADALAH LEBIH BAIK DARIMERAWAT  Dengan cara menurut hukum – hukum Islam seseorang doktor itu tidak boleh bertindak sekehendak hatinya dan memisahkan "penyakit " dari persoalan –persoalan lain yang melibatkan "pesakit " sebagai seorang individu yang wujud dalam suatu masyrakat umum Doktor dilarang sama sekali membunuh , misalnya untuk mengugurkan bayi luar nikah , ataupun untuk menamatkan penderitaan si pesakit (mercy killing ) , Sabda Nabi ( maksudnya ) "Jangan sesiapa meminta supaya ia dibunuh lantaran penderitaan – penderitaanya , tetapi jika tidak ada cara mengatasinya , berdoalah kepada Allah supaya memilihara hayatnya jika masih ada kebaikan bagi dirinya " Dalam evolusi perkembangan perubatan Islam , cara pemikiran dan rawatan juga berubah mengikut perkembangan semasa Dalam zaman Ibnu Sina sendiri pun rawatan penyakit ialah dengan cara mengunakan ubat – ubatan dan sediaan – sediaan yang memang dikumpulkan dan disenaraikan di dalam materia medika dalam zaman itu Al – Zahrawi telah mengunakan pembiusan yang agak moden dengan mengunakan teknik stril Dengan kata lain perubatan Islam telah menggunakan segala apa yang telah dicapai oleh kemajuaan sains dan berkembang mengikut perubahannya dari zaman ke zaman Pengalamannya adalah mengikut hukum –hukum Islam dan dicirikan oleh kod etika dan moral Islam yang tinggi , dengan menggunakan ilmu sains moden yang bermutu bertujuaan untuk menyembuhkan penyakit bersama – sama dengan pesakitnya sekali Di samping itu perubatan Islam tetap menaruh segala kepercayaan kepada kekuasaan Allah , mengutuk segala amalan yang curang , serta menolak kepercayaan karut dan ilmu sihir PENUTUP Setelah mencapai zaman keemasan selama beberapa abad momentum masyarakat Islam yang menghasilkan kerja yang banyak dan bernilai itu telah kian hari kian malar Perubatan Islam sudah tidak dapat berkembang selari dengan kemajuan – kemajuan yang dicapai Barat sehinggalah sampai kepada keadaan yang wujud sekarangSebab – sebab kenapa timbulnya keadaan begini adalah banyak Di antara beberapa sebab yang telah membawa kepada kemerosotan perkembangan perubatan Islam ialah seperti : Keruntuhan empayar Islam Baghdad , ibu kota kerajaan Abbasiyah telah musnah akibat serangan tentera Mongul dalam tahun 1258 Beribu – ribu buku dan karya orang Islam dan koleksi di perpustakaan telah dibakar oleh Mongul Anggaran buku yang dimusnahkan ialah 400 000 naskah kesemuanya melibatkan pelbagai bidang seperti kimia , falsafah , perubatan dan lain – lain    Penjajahan Keruntuhan empayar Islam disusuli pula oleh penjajahan negara – negara Islam secara sistematik dan tidak disedari mengakibatkan berpecahnya negara – negara Islam kepada beberapa kawasan negeri di bawah naungan kuasa – kuasa Eropah seperti Britain dan Perancis Pendidikan dan teknologi Pada ketika ini juga zaman teknologi mula timbul di Barat dan orang Islam yang terjajah telah tidak didedahkan kepada pendidikan dan kemajuan Eropah Ketidakupayaan mempelajari bahasa asing dan rintangan – rintangan keras dan kejam oleh penjajah untuk menentukan agar teknologi Barat tidak terlepas ke tangan orang Islam Rumusan Kesimpulannya, umat Islam telah memberikan sumbangan  yang berkesan dalam memantapkan bidang perubatan, yang meliputi aftalmologi, farmasi, farmakologi, perubatan internal, pembedahan dan sebagainya Bidang aftalmologi, adalah cabang ilmu perubatan yang berkaitan dengan mata Dalam bidang ini, sarjana dan tokoh perubatan Islam telah memberi sumbangan yang cukup penting Antara tokoh-tokoh aftalmologi Islam yang terkenal ialah al-Haitham (965M- 1020M) Antara kitabnya yang penting yang berkaitan dengan aftalmologi ialah kitab al-Manazir,yang membincangkan perkara-perkara asas mengenai mata Al-Razi juga merupakan tokoh aftalmologi yang penting Beliau telah mengarang kitab al-’Asyr Maqalat fi al-‘Ain, yang merupakan buku aftalmologi yang penting dan berpengaruh Tamadun Islam juga telah memberikan sumbangan yang besar dan penting dalam bidang farmasi Hassan Kamal dalam karya besarnya Encyclopedia of Islamic Medicine, (1975), telah menghuraikan sumbangan umat Islam dalam bidang farmasi iaitu melibatkan proses dan penyediaan ubatan yang lebih maju dan baik Bidang farmakologi adalah bidang mengenai pembuatan ubat Sarjana dan tokoh perubatan Islam telah berjaya mengenal pasti pelbagai jenis ubat dari sumber yang bermacam-macam, khasiat serta keburukan atau kesan sampingannya Kejayaan umat Islam dalam bidang ini dapat dilihat melalui hasil penulisan dan penemuan mereka yang begitu banyak dan berkualiti dalam bidang ini Dalam bidang perubatan internal, umat Islam telah telah memberi sumbangan yang berkaitan dengan kejayaan menemui dan mengenal pasti pelbagai jenis penyakit “dalaman(internal)” manusia Antara kejayaan besar yang telah dicapai ialah kejayaan Ibnu Sinna yang berjaya mengenalpasti penyakit kencing manis Beliau juga telah menemui tanda-tanda yang tepat bagi mereka yang menghidapi penyakit tersebut Tokoh perubatan Islam turut memberikan sumbangan dalam bidang pembedahan Mereka telah membincangkan teori dan amalan pembedahan yang cemerlang dan terkini pada zamanya Al-Zahrawi sebagai contoh adalah tokoh perubatan Islam yang terkenal, yang telah mengarang bukunya yang amat berharga dalam bidang perubatan iaitu al-Tasrif yang membincangkan perubatan dan pembedahan Beliau telah memperkenalkan sejumlah peralatan penting yang digunakan dalam pembedahan Tokoh perubatan Islam juga telah berjaya memperkenalkan kaedah-kaedah baharu seperti teknik steril(tanpa kuman) dengan menggunakan alkohol atau pembakaran dalam bidang ini Akhir kata, tamadun Islam telah memberi sumbangan yang banyak dalam bidang perubatan Tokoh-tokoh perubatan Islam dan hasil karya mereka berpengaruh serta menjadi rujukan utama dalam bidang perubatan di seluruh dunia termaduk Barat dan Eropah Hal ini tetap akan menjadi sejarah penting dalam bidang perubatan pada masa yang akan datang Posted by Tree Builder  Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook