7a 211 Konsep Teori-teori Etika



There is document - 7a 211 Konsep Teori-teori Etika available here for reading and downloading. Use the download button below or simple online reader.
The file extension - PDF and ranks to the Documents category.


608

views

on

Extension: DOCX

Category:

Documents

Pages: 1

Download: 91



Sharing files


Tags
Related

Comments
Log in to leave a message!

Description
Download 7a 211 Konsep Teori-teori Etika
Transcripts
211 Menjelaskan Konsep Teori-teori Etika Teori-teori etika telah menilai tentang perlakuan manusia sama ada baik, betul, wajar, buruk, dan tidak wajar berdasarkan ukuran kerasionalan akal manusia Semua teori etika mempunyai tafsiran sendiri terhadap konsep kemoralan Terdapat empat teori etika utama iaitu Teori Kemoralan Sosial, Teori Keperibadian Mulia, Teori Teleologikal dan Teori Deontologikal 1 TEORI TELEOLOGIKAL Teleologikal berasal daripada perkataan Yunani, “telos” yang bererti matlamat Teori ini mengutarakan bahawa nilai “betul” atau “salah” bergantung kepada kesan sesuatu perbuatan yang dikenali sebagai “konsekuensialisme (consequentalism) Tingkah laku dianggap bermoral jika memberi kesan atau akibat baik kepada orang lain dan diri sendiri Jadi, jika perbuatan tersebut mendatangkan akibat yang baik, ia dianggap bermoral dan tindakan itu boleh diteruskan Sebaliknya, jika perbuatan tersebut memberi kesan yang buruk, maka tindakan itu dianggap sebagai tidak bermoral dan jangan meneruskan perbuatan itu Terdapat dua fikiran yang berbeza dalam kalangan teleologis tentang apa yang baik secara bukan moral Yang pertama ialah mereka yang berfikir seperti Hedonis iaitu mengenal pasti yang baik dengan keseronokan dan yang buruk dengan keseksaan Kedua pula ialah berfikir bukan seperti Hedonis iaitu mengenal pasti yang baik dengan kuasa, ilmu, kesedaran diri, ketepatan dan lain-lain Ahli teleologi juga mempunyai pandangan yang berbeza tentang apa yang dikatakan baik dan jahat serta kebaikan siapa yang hendak dimajukan Hal ini menyebabkan wujud beberapa jenis teori teleologi yang berbeza seperti utilitarianisme dan egoisme · Utilitarianisme Pengasas bagi aliran ini adalah Jeremy Bentham (1748-1832), seterusnya dikembangkan oleh anaknya, John Stuart Mill (1806-1873) Utilitarianisme berasal daripada perkataan “utility” yang bermaksud berguna Etika ini telah memegang prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada setiap orang atau kebahagiaan (keseronokan) yang paling ramai Manusia perlu berusaha mencari keseronokan dan mengelakkan kesakitan dalam kehidupan harian di mana keseronokan mestilah dimaksimumkan dan kesakitan diminimumkan Jika sesuatu tindakan mendatangkan keseronokan sepenuhnya, maka itu dianggap sebagai benar, baik dan diinginkan Untuk menentukan keseronokan dan kesengsaraan, sesuatu tindakan mestilah bersesuaian dengan peraturan atau undang-undang moral universal Jeremy Bentham telah memperkenalkan satu kaedah saintifik untuk menganalisis kuantiti keseronokan iaitu kalkulus hedonistik Terdapat tujuh elemen yang perlu diberi pertimbangan bagi mengukur tahap keseronokan dan kesengsaraan iaitu kedalaman (intensity), kelamaan (duration), kepastian (certainty), kesegaran (propinquity), kesedaran (fecundity), keberkesanan (purity) dan had (extent) Keseronokan dan kesakitan ialah perasaan yang bersifat subjektif Fakta ini telah menjadikan prinsip utiliti kabur Pengkritik berasa anggapan itu tidak tetap kerana keadaan minda tidak dapat diterangkan dengan betul dan tepat dalam menggambarkan keseronokan atau kesakitan Tambahan pula, setiap individu mempunyai tafsiran dan kualiti keseronokan dan kesakitan yang berbeza · Egoisme Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844-1900) merupakan pelopor bagi teori egoisme ini Beliau merupakan seorang ahli falsafah yang mengkritik utilitarianisme Teori ini menganggap nilai itu baik jika menguntungkan diri sendiri dan nilai itu buruk jika sesuatu itu merugikan diri sendiri Menurut Nietzsche, moral mestilah dikaitkan dengan pemuliharaan diri, pengasihan diri, pembesaran diri, kepentingan diri dan ego Tidak seperti Teori Kemoralan Sosial di mana peraturan mutlak daripada autoriti, aliran egoisme menyatakan peraturan haruslah bersifat individualistik Individu mempunyai tanggungjawab dalam memajukan diri dengan seberapa banyak kebaikan Menurut Mohd Janib Johari, 2001, egoisme moral boleh berlaku dalam tiga bentuk Bentuk yang pertama ialah egoisme moral yang universal yang bermaksud setiap orang perlu bertindak untuk menjaga kepentingan diri sendiri tanpa menghiraukan kepentingan orang lain, kecuali dapat menguntungkan diri sendiri Kedua ialah egoisme moral individu iaitu setiap orang perlu bertindak demi kepentingan diri sendiri Akhirnya, egoisme moral yang personal di mana seseorang bertindak demi kepentingan diri sendiri dan beranggapan tidak berhak ambil tahu tentang apa yang dilakukan oleh orang lain Terdapat dua jenis egoisme iaitu egoisme psikologi dan egoisme etika (Eow Boon Hin, 2002: 36) Egoisme psikologi merupakan satu teori deskriptif mengatakan bagaimana orang melakukan tindakan dan berpendapat bahawa semua orang adalah selfish Manakala untuk egoisme etika, ia memberitahu bagaimana manusia perlu bertindak dan semua orang bertindak secara selfish Teori egoisme ini telah bercanggah dengan prinsip moral sejagat, tidak demokratik, melahirkan individu yang zalim, menidas orang yang lemah demi kepentingan diri sendiri Ini telah mengakibatkan kebanyakan nilai yang baik seperti bekerjasama, toleransi, kasih sayang, tolong-menolong dan sebagainya tidak dapat diaplikasikan dalam masyarakat memandangkan semua orang telah bersikap mementingkan diri sendiri 2 TEORI DEONTOLOGIKAL Deontologi berasal dari perkataan Yunani "deon" yang bermaksud "yang diharuskan atau diwajibkan" Teori deontologi menegaskan bahawa penilaian dibuat terhadap siapakah pelaku dan perwatakan baik dan buruk yang ditunjukkan Berdasarkan teori deontologi ini, tingkah laku dianggap baik kerana niat yang betul dan mengikut kebebasan individu Ini bermaksud, kita melakukan perbuatan bermoral kerana nilai perbuatan tersebut, bukannya kesan atau akibat terhadap masyarakat Deontologi selalu dikaitkan dengan Immanuel Kant (1724-1804), di mana beliau menyatakan apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu tindakan adalah berdasarkan motif (niat) tindakan kita Terdapat dua bentuk dalam teori deontologi ini iaitu teori deontologi-lakuan (eksistensialisme) dan teori deontologi-peraturan (prinsip kewajipan) · Eksistensialisme Teori eksistensialisme diasaskan oleh Soren Kiekergaad, Albert Camus dan Jean Paul Sartre (1905-1980) Teori ini mengutarakan kepentingan individu untuk memenuhi kehendak peribadi Konsep manusia mengikut aliran ini adalah bebas, tidak terikat dalam menentukan pilihan, dan mencorakkan kehidupan sendiri Dalam hal ini, manusia perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan atau pilihan yang diambil Jadi, menurut teori ini, tingkah laku baik adalah yang mengikut keadaan, kehendak dan kebebasan individu Menurut Sarte, manusia wujud dahulu sebelum fungsinya ditentukan Aliran ini telah bertentangan dengan agama di mana ia menafikan kewujudan Tuhan sebagai pencipta alam Nilai-nilai moral yang ditentukan oleh individu masing-masing telah menjadikannya tidak sejagat dan sentiasa berubah-ubah mengikut tanggapan manusia dan mengikut keperluan dan situasi semasa Golongan eksistensialisme menitikberatkan kebebasan memilih (freedom of choice) dalam situasi yang mereka berada Terdapat tiga bentuk kebebasan iaitu kebebasan jasmani, kebebasan kehendak dan kebebasan moral Di sini, kebebasan moral bermaksud kebebasan bertindak tanpa amanah, paksaan dan larangan Dengan jelasnya dapat dilihat, aliran ini pada dasarnya menolak agama dan Tuhan Ini telah bercanggah dengan Teori Kemoralan Sosial dan Teori Teleologi Kebenaran, nilai baik dan buruk yang hanya bergantung pada tanggapan individu telah menyebabkan moral bersifat subjektif, tidak kekal dan tidak sejagat Sebagai manusia yang berakal, kita perlu sedar bahawa kita tidak akan mengenal nilai dan prinsip yang boleh dirujuk jika tiada Tuhan · Prinsip Kewajipan Immanuel Kant (1724-1804) merupakan pelopor bagi prinsip kewajipan ini Prinsip ini menegaskan “duty for the sake of duty”, iaitu tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu merupakan satu tanggungjawab Nilai prinsip bermoral sesuatu tindakan itu bergantung kepada niat seseorang sebelum ia membuat keputusan atau tindakan Jadi, kita perlu bertanggungjawab secara moral atas motif kita untuk membuat kebaikan dan keburukan Bagi memastikan sesuatu tindakan itu adalah bermoral, kita perlu mempraktikkan formula di bawah :Kebebasan + Keadilan + Kebijaksanaan + Pilihan = Tindakan Bermoral Dengan adanya kebebasan dan keadilan, kita boleh menggunakan kebijaksanaan untuk membuat pilihan sesuatu tindakan yang bersifat universal Maka, tindakan yang memenuhi kriteria ini dianggap bermoral Selain itu, prinsip ini telah memegang dua lagi formula yang penting iaitu :1 Kemanusiaan hendaklah sentiasa menjadi matlamat , bukan alat perlakuan individu 2 Tekad yang menggubal undang-undang moral sejagat adalah tekad individu yang rasional Menurut prinsip ini, Kant menjelaskan dua prinsip yang perlu dipatuhi untuk melakukan sesuatu tindakan yang bermoral Yang pertama adalah konsep tekad baik (Goodwill) yang bermaksud sesuatu tindakan yang datang daripada kesedaran untuk menunaikan tanggungjawab akan melahirkan perbuatan yang benar dari segi moral Dalam konteks ini, Kant tidak mahu menganggap sesuatu tekad itu baik atas sebab apa yang telah atau ingin atau boleh dicapai dan dihasilkan oleh tekad itu Motif tunggal tekad baik hanya berlaku apabila menganggap ia sebagai mengamalkan kewajipan Perlakuan bermoral ialah keinginan melakukan sesuatu tindakan untuk menunaikan kewajipan, dengan niat yang baik dan disimpan dalam hati Prinsip yang kedua ialah Perintah Mutlak Tanpa Syarat (Categorical Imperative) Kant berpendapat setiap orang mesti mematuhi peraturan (prinsip moral) yang telah dibentuk tanpa pengecualian Prinsip moral harus boleh diterima oleh semua orang dan bersifat universal Kant juga menjelaskan bahawa individu yang baik dari segi moral dengan tekad baik yang mutlak ialah individu yang sentiasa bertindak atas dasar kewajipan atau kerana menghormati undang-undang Secara rumusnya, prinsip moral individu itu sewajarnya melambangkan undang-undang yang objektif dan sejagat Walaubagaimanapun, Prinsip Perintah Mutlak ini tidak boleh dipraktikkan dalam semua situasi jerana sesuatu tindakan atau perlakuan tidak boleh dijadikan prinsip moral jika ia tidak boleh menjadi prinsip kepada semua orang Contohnya perlakuan mencuri, boleh dipertimbangkan dalam pelbagai keadaan berdasarkan niat, situasi , sebab dan akibat 3 TEORI KEMORALAN SOSIAL Pengasas bagi teori ini adalah Hobbes (1588-1679), Durkheim (1858-1917) dan Weber (1966) Teori kemoralan sosial ialah satu teori yang memberikan maksud tingkah laku yang perlu ada untuk menjamin manusia terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni terutamanya dalam masyarakat yang berbilang kaum seperti Negara Malaysia kita Selain itu, teori ini melihat seseorang sebagai individu yang bermoral apabila tingkah lakunya selaras dengan peraturan masyarakat, norma, dan undang-undang Peraturan moral adalah bersifat kolektif (hak ramai) dan untuk kepentingan masyarakat Ia ditetapkan oleh autoriti dalam masyarakat dan bukan individu Segala peraturan, nilai, norma dan tatasusila yang wujud dalam sesebuah masyarakat adalah dipersetujui bersama Peraturan yang ditetapkan tidak membenarkan seseorang menilai atau mengkritik Maka, teori ini adalah teori yang mengutamakan kepentingan dan faedah masyarakat, bukan kepentingan diri seseorang individu Teori kemoralan sosial berkait rapat dengan kepiawaian moral (moral standards), peraturan masyarakat dan undang-undang Negara Menurut Velasquez (1992), fungsi kepiawaian moral termasuk mengenal pasti situasi-situasi tertentu supaya setiap orang menolak sifat mementingkan diri sendiri dan sebagai resolusi bagi konflik sosial dengan memberikan justifikasi yang boleh diterima oleh orang ramai Bagaimanapun, teori ini mempunyai beberapa kelemahan di mana yang utamanya ialah kuasa dan kebebasan individu disekat Individu tidak boleh memilih dan mengkritik peraturan yang telah ditetapkan oleh autoriti Masyarakat yang terlalu dikawal oleh peraturan akan mewujudkan suasana dogmatik dan pemerintahan yang autoritatif Situasi ini telah mengurangkan kebebasan hak individu yang merupakan prinsip moral yang penting 4 TEORI KEPERIBADIAN MULIA Teori Keperibadian mulia dipelopori oleh Aristotle (384-322 SM) Teori ini menekankan sifat peribadi untuk mencapai kehidupan yang baik Perkara yang diutamakan dalam teori ini adalah individu atau manusia Sifat-sifat mulia termasuk keadilan, murah hati, berani, jujur, sabar dan seumpamanya Keperibadian ini dikatakan oleh Aristotle sebagai etika virtues Dengan ini, tingkah laku baik kerana sifat peribadi mulia dianggap bermoral Berdasarkan Aristotle, keperibadian mulia seseorang individu tidak dihasilkan secara semula jadi tetapi diperoleh melalui latihan dan pengalaman sehingga menjadi satu kebiasaan, tabiat dan menyenangkan diri sendiri Salah satu ciri utama dalam teori ini ialah manusia perlu mengikut “jalan tengah” bagi mencapai kemuliaan hidup “Jalan tengah” bermaksud tingkah laku yang sederhana, iaitu tidak berlebihan dan tidak berkurangan Tambahan pula, dengan sifat naluri ingin tahu dan sifat meniru yang dimiliki oleh manusia, sifat kemuliaan boleh dipengaruhi oleh sosial masyarakat, perkembangan ekonomi dan rakan sebaya melalui pemerhatian dan pergaulan yang rapat Keperibadian mulia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu keperibadian mulia intelektual dan keperibadian mulia moral Keperibadian mulia intelektual dikaitkan dengan kecemerlangan minda untuk memahami, menaakul dan membuat penilaian dengan baik Aristotle menganggap bahawa sifat intelektual ini boleh dipelajari Sementara keperibadian mulia moral tidak terhasil dalam seseorang individu secara semula jadi, tetapi melalui latihan, amalan dan kebiasaan yang dapat memberi kesenangan dan keseronokan Konsep “jalan tengah” Aristotle telah mendapat kritikan kerana didapati tidak jelas Tidak kesemua perlakuan manusia mempunyai jalan tengah dan ini menyebabkan kesukaran untuk mengkategorikan tahap keperibadian mulia yang sederhana Contohnya, orang yang bermoral akan membantu orang miskin, menderma, memegang amanah dengan seikhlas dan penuh dengan tanggungjawab Barnes (1979) telah mengkritik bahawa doktrin ini tidak mempunyai tenaga nasihat atau kekuatan untuk membuat sesuatu (Tam Yeow Kwai, 206:27)